Scrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace Layouts

Jumaat, 14 Oktober 2011

~ Kekuatanku ~

seminggu yang lepas..aku agak terkelu..tak sangka amanah beralih tangan..kekuatanku turut berlalu bersama kekecewaan itu..lalu aku pendamkan dalam hati ..larut bersama istghfar yang amat panjang..mugkin dia lebih layak untuk ini..tapi aku?aku bahagia dengn apa yg aku ada..Alhamdulillah..disebalik takdir ada sang PEMIKIR yg sentiasa mentadbir dengan penuh teliti dan terperinci..KALAULAH AKU SEDAR DENGAN LEBIH AWAL LAGI,TENTU HATIKU TAK DICEMARI DENGAN RASA IRI HATI..

Isnin, 26 September 2011

~Sahabat baik itu~


Bukannya senang nak cari sahabat yang baik.Bukan senang juga nak menjadi sahabat yang baik.
sahabat yang baik tak pernah mengumpat di belakang sahabat baiknya.


Sahabat yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan sahabat baiknya.Sebaliknya sahabat yang baiklah yang paling banyak membantu sahabat baiknya untuk mencapai kejayaan.

Sahabat yang baik tak pernah mempengaruhi sahabat baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.


Sahabat yang baik adalah orang yang selalu menasihati sahabat baiknya untuk berbuat kebaikan.

Sahabat yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.

Sahabat baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada sahabat biasa.

Sahabat yang baik tak pernah memaksa sahabat baiknya untuk sentiasa berada di sisinya.sahabat yang baik tak pernah melarang sahabat baiknya untuk berkawan dengan sahabat yang baik.

Sahabat yang baik tak pernah cemburu jika sahabat baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana sahabat yang baik tahu apa yang paling baik untuk sahabat baiknya.

Sahabat yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan sahabat baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah sahabat yang baik jika kita faham bahawa sahabat baik kita bukanlah seorang yang sempurna.
Kita adalah sahabat yang baik jika kita menjadi sahabat yang baik kepada sahabat baik kita.
Kita bukanlah sahabat yang baik jika kita tidak menghargai sahabat baik kita, kerana sahabat yang baik akan sentiasa menghargai sahabat baiknya. Kita bukanlah sahabat yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada sahabat baik kita, kerana sahabat yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada sahabat baiknya.
sahabat yang baik akan memanjangkan naskhah ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada sahabat baiknya. Dan kalau kita nak dapat sahabat baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang sahabat yang baik kepada sahabat  baik kita. 


Dan semoga kita menjadi sahabat baik yang baik.

~ikhlas itu dari dalam hati~


Bismillahirrahmanirrahim.....
Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah, seizin-Nya, masih lagi diri ini bernafas di atas dunia yang penuh mehnah dan juga cabaran. Cabaran yang kadang-kadang menguji keimanan, cabaran yang menggoyahkan perasaan, cabaran yang mampu meruntunkan prinsip yang dipegang selama ini.Subhanallah, ujian Allah itu terlalu besar ertinya buat mereka yg menemui erti hakikat sebenar diuji. Hati ini juga diuji, diuji dengan segala prinsip yg diperjuangkan.Subhanallah, kuatnya ujian kali ini jika nak dibandingkan dengan ujian semester yg akan berlangsung tidak lama lagi.

Aku pasti hati kalian juga pernah diuji.Tak kisah lah ujian itu datang dalam bentuk bagaimana, kesedihan, ketakutan, kerinduan, keikhlasan, kemaksiatan, kemarahan. Hanya Allah sahaja lebih tahu ujian apakah yang Dia turunkan. Dan Dia jualah mengetahui akan kemampuan kita untuk mengatasinya

Benar kata Allah:
“286. Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.

(Mereka berdoa): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami.
Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma’aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.” 
Surah Al-Baqarah

Keikhlasan ku teruji, disaat hati berbolak-balak membenarkan sesuatu yang jelasnya haram. Aku terpanggil untuk mengenang kembali IKHLAS hatiku. Untuk apakah aku pertahankan prinsip hidupku ini???Jauh di sudut hatiku menjerit untuk Allah!!!!! Namun, suaranya sayup-sayup kedengaran jauh di pelosok rongga hati ku yang kian kelam.

Aku mohon kepada khaliqku agar disucikan hati ini, kerana hanya hati yang bersih mampu memberi firasat yang benar. Hati yang bersih bukan sahaja memudahkan ilmu meresap masuk ke dalamnya..malah kemurniannya akan terpancar pada wajahnya. Aku ingin menjadi insan itu.

Sekalipun telah panjang lebar aku uraikan, namun, ikhlas itu yg pasti adanya di dalam hati. Berusahalah mencari keikhlasan kerana ia selalu bersembunyi di sebalik kemahuan. Janganlah kerana keinginan hati, ikhlas itu diketepikan , syariat tuhan di ke sampingkan.

Suka kiranya diri yang kerdil, lemah lagi hina ini untuk menyeru sahabat-sahabat sekalian. Andai kata Allah telah menentukan sesuatu (hukum) janganlah kita mencuba untuk memikirkan yang selain itu kerana bukan kebahagiaan yang kita cari tapi kebinasaan.

Seperti firman Allah:
68. Dan Tuhanmu menciptakan apa yang Dia kehendaki dan memilihnya. Sekali-kali tidak ada pilihan bagi mereka*. 


Maha Suci Allah dan Maha Tinggi dari apa yang mereka persekutukan (dengan Dia).

*Bila Allah telah menentukan sesuatu, maka manusia tidak dapat memilih yang lain lagi dan harus menaati dan menerima apa yang telah ditetapkan Allah.
Surah -Al Qashash

Tatkala, dirimu ingin melakukan sesuatu fikirkanlah, adakah ia bertepatan dengan kalam Tuhan ataupun sabda Rasul junjungan. Ingatlah bahawa dunia ini adalah persinggahan yg keindahannya sungguh mempersonakan. Nescaya berhati-hatilah membuat pilihan kerana aku takut kita akan tersalah jalan.

10. Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan *yakni jalan kebajikan dan jalan kejahatan*
Surah al-balad

Sebelum aku mengakhiri tinta mindaku ingin aku katakan. Letakkanlah keyakinan mu itu pada janji tuhan kerana Allah tak pernah mengecewakan. Pujuklah hatimu dengan kalam-kalamullah yg tersusun indah seperti yang ingin aku kongsikan ini:

36. Maka sesuatu yang diberikan kepadamu, itu adalah kenikmatan hidup di dunia; dan yang ada pada sisi Allah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman, dan hanya kepada Tuhan mereka, mereka bertawakkal.
37. Dan (bagi) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan- perbuatan keji, dan apabila mereka marah mereka memberi maaf.
Surah Asy-syuara

Wallahua'lam

Khamis, 22 September 2011

jalan yang aku lalui.

huhu..esok nak g rumah seorang kakak ni.tak tahu kat mane,rumah siapa,dia nak amek kul bape,dengan siapa...yang pasti kem ni penuh dengan kerahsiaan...moga ini adalah tarbiyyah yg baik untuk diriku.......dkt kem nanti kena tasmid surah as-saf n surah at-taubah.......

Isnin, 13 Jun 2011

Allah Maha Mengetahui hatiku..

Semalam,jaga nenk saket..
Sambil2 tu berdebar..tunggu result muet..
beep..akak nak call bley?
Battery akak low la dik..nak cakap ape?
Akak dapat band....
3?takpe akak da reda..
Akak kiralah titik yg adik letalk selepas band2..
satu,dua,tiga,empat!!
Alhamdulilah..ya ALLAH..khabar yg disampaikan oleh adikku sebentar tadi benar2 membahagiakan aku..
Aku tahu,ALLAH takkan penah menbiarkan aku bersedih..
Namun tatkala aku bergembira ada juga yg sedang bersedih..
Sahabat2ku yag disayangi..Jgn pernah brputus asa dengan takdir dan rahmat ALLAH.
Tuhan sedang merencanakan sesuatu yg lebih hebat untuk kamu semua..
Kepada adik..akak tunggu adik di BLS..kita sama berjuang untuk Islam ini..
Sayang kamu semua..KERANA ALLAH..

Sabtu, 23 April 2011

hebatnyer percaturan hidupku..

dah lama nak tulis..tapi baru ari ni tergerak hati..
hasrat dihati ingin berkongsi pada sesiapa yang sudi...
Alhamdulillah..result baru saje kuar baru2 ni..
sekali lagi nasib menyebelahiku..sebak mula melemaskan jiwa..betapa kasihnya ENGKAU pada diriku..
walau janji sering kumungkiri.namun KAU masih tetap disisi..Alangklah ruginya aku tidak mencariMu sejak dahulu lagi..Maka prinsip yang sering aku agungkan  dahulu luluh satu persatu..YA.Pertolongan ALLAH datang tepat pada masanya..Dhulukan kerja dakwahmu melebihi dari tuntutan yang lain..Aku terdiam...Jika kerja dakwahku adalah menuntut ilmu,maka akan aku seimbangkan kedua-duanya..Prinsip daieku sedikit berbeza dari sahabat2 yg lain..tapi,aku tahu kami menuju kearah matlamat yang sama..DAULAH,DAULAH.ISLAMIYYAH!TAKBIR!ALLAHUAKHBAR!!

Selasa, 15 Mac 2011

Alhamdulillah...

Syukur....Hanya itu yg mampu aku ucapkan dalam hati tatkala usai menjawab exam td...Sekali lagi tuhan membantu saye..Tuhan memang tak pernah  meninggalkan saye...Saye nk Dia tahu yg saye perlukan kasih Dia lebih dari org lain perlukan Dia..Saye nak dapatkan CGPA 4.00 utk kali ini..(hehe,insyaALLAH),bukanke tuhan memberi sesuai pada tempatnya?study?memang penat..saye study di surau sehari suntuk bertemankan air mata..bersangka baik dengan Yg Maha Mencipta agar dipermudahkan segala urusan..Saye memang akan berusaha sehingga saye terasa sangat penat..kerana saye tahu tuhan tak kan tolong saye kalau saye  study sambil lewa..Ketenangan yg same berulang tiap kali saye keluar dari  dewan..perasaan sebak menyelubungi..DekatNya ENGKAU denganku...dan trademark saye(InsyaALLAH cemerlang) hehe..Sepanjang minggu exam ini,saye belajar banyak perkara..antaranya..Tuhan tak kan pernah meninggalkan saye..sesaat pun..tapi kadang2 saye yg meninggalkan DIA..Hinanya aku Ya Allah...Ketika ini dalam hati saye,hanya ada satu mentor..yg tak pernah tinggalkan saye walaupun sudah habis mengajar saye.. ALLAH YG MAHA MENYAYANGI diriku...

Jumaat, 11 Mac 2011

sahabat saye dunia akhirat...MISRA ASTHANA

Semalam saye dapat pengajaran dari seorang kakak ni..Menyayangi tak semestinya menghebohkan pada orang yg kita sayangkan dia..tak perlu asyik berkepit 24 jam.cukup la skadar kita tahu yg dia menyayangi kita...bukanke jauh itu menambah rindu..(huhu btol3x),konsep yg sama diguna pakai untuk menyayangi kakak saye...kami kalau jumpa macam baru kenal..nak lafazkan sayang, dalam bergurau je...."hey,jgn kacau kaka saye!",hey jgn pukul adik saye!"ni air yassin untuk akak"~alah,k.sakilah punye takde ke?Fairuz balek bilik nanti kita kongsi ek air yassin tu.."huhu,air ni takleh kongsi la..special.."kakak2..tulah dye..nak borak?jgn harap..alek2 dua2 jadi ais..aduhai nak cite pasal sahabat seiras jiwa saye sebenarnya..(termasuk citer kakak saye pulak..~)konsep manjadikan ALLAH sebagai penghubung..Dalam ukhwah,kepercayaan tersangat la penting...Dari situlah kita belajar bagaimana untuk menyayangi tanpa ada sebab..Saye tak kawan dengan Misra sebab dye cantik pakai spek(hehe..),pandai bercakap?(tak jugak..),berkaliber?(boleh la tahan...)Namun ada yg istimewa tentang dye..yg takde pada orang lain..nak cakap ke?tak payah la..hehe.yg penting saye mampu mengalirkan air mata kerana Misra..Dye terlalu hampir dengan jiwa saye..Ukhwah kerana ALLAH ini terlalu manis untuk saye citerkan pada orang lain..(saye dah jumpe,kamu bile?)

Rabu, 9 Mac 2011

huhu

Orang kat sini semua buat baik dengan saye..
kakak saye,kawan baik saye,kakak2 yg lain n kawan2 yg lain..
disini sangat bersemangat...

Aku belajar kerana ALLAH dan Islam
4.00 dalam tangan..TAKBIR!!!ALLAHUAKHBAR!

Jumaat, 4 Mac 2011

tuhan tabahkan...

huhu..
sedey btol berpisah dgn kawan2 tadi..
satu tahun sangat sekejap..
kepada semua kawan LWPO2B saye sangat cinta korang...
uhibbukum fillah isdiqa'

Selasa, 1 Mac 2011

ALLAH...Hinanya aku..

Andai mampu ku undur waktu,
aku mahu padamkan segala dosa silamku
aku takut andai dosa itu masih tergantung antara langit dan bumi..
sia-sialah amalanku selama ini..


Saat Ratib Cinta bergema,
Aku tertunduk kaku,
Memikul labuhan dusta dan dosa semalam,
Merenung mencari kembali lambaian kasihNya,
Setelah melewati silam yang kelam suram.
Saat Ratib Cinta bergema,
Titis-titis air mata rindu mengalir lesu,
Terhimpit antara keluh kesah dunia yang tidak pernah sudah,
Merenung mencari kembali lambaian kasihNya,
Setelah silam durjana mematikan hatiku.
Saat Ratib Cinta bergema,
Terpaku aku di hamparan sejadah rindu,
Meniti sepertiga malam yang kaku bisu,
Menanti sinar cahayaNya menyuluh,
Suram hati yang gersang tanpa kasihNya.
Ratib Cinta akan terus bergema,
Tanpa jemu dan lelah,
Menanti pengampunanNya,
Kerana aku tahu Dialah segalanya.
Ya Allah,
Andai ini Ratib Cinta terakhirku,
Ampuni segala khilaf semalamku,
Ya Rabbi.

nota cinta


Allah....
Ingin sekali aku menulis nota cinta untuk-Mu,
Nota cinta yang sudah lama tidak kutuliskan untuk-Mu,
Bersama embun titisan air mata cinta pada-Mu.
Allah...
Ingin sekali aku mengarang nota cinta buat-Mu,
Nota cinta yang sudah lama tidak kukarang buat-Mu,
Bersama bunga perasaan rindu yang menggebu-gebu.
Allah...
Ingin sekali aku mengirim nota cinta pada-Mu,
Nota cinta yang sudah lama tidak dikirim pada-Mu,
Bersama wangian kesetiaan yang yakin dan padu.
Allah...
Jika ku tulis, ku karang lalu kirim padaMu,
Masihkah Kau sudi membacanya seperti dulu?
Suatu nota dari seorang aku,
Yang hina lagi jahil malah kaku,
Dalam menanggapi erti cinta sejati dariMu.
Allah...
Jika ku tulis, ku karang lalu kirim pada-Mu,
Sudikah Kau membalasnya buat diriku?
Sebuah nota pada seorang aku,
Yang curang tak bererti lagi buntu,
Dalam menanggapi erti kehambaan pada-Mu.
Allah...
Ingin sekali aku memberikan nota cinta untuk-Mu,
Tapi aku malah jadi tidak tahu,
Mahu bermula dari mana,
Mahu mengakhirkan bagaimana.
Allah...
Apakah masih pantas untuk mulutku yang hina ini,
Menyebut nama-Mu Yang Agung itu

Isnin, 28 Februari 2011

hari-hari yang memeritkan..

masih ada helahan nafas utk terus bermujahadah di ats dunia yg fana ini...
Final exam dah nk dekat sangat2..
banyak sangat yg tak bace lagi..
banyak kekuatan ditarik pada saat ini..(sedihnyer....)
satu persatu hilang..
nk disandarkan kemana?
Allah...baru aku kenal apa tu penyerahan sepenuhnya pada yang Esa.
Manusia tak mampu memahami aku seadanya..
namun aku tak dapat nafikan,aku terlalu sayang insan2 itu..

Ahad, 27 Februari 2011

sekarang saye ade mood nk menulis..

KAKAK
semalam kakak saye demam..
degil!tak nak makan ubat,,hasilnya lelah tak bermaya..
boleh pulak die tak perasan saye datang melawat die malam tu..
kakak2,berapa kali nak pesan ...jaga kesihatan....
i love u ,kakak!so..much..


UKHTI SAYANG
Sahabat yg sangat baik..
saye banyak buat dye susah..
tapi disebalik perilaku saye tu,saye just nk cakap yg saye sayang dye sangat2
saye nak kawan dengan die sampai bile2..
uhibbukifillah,ya habibi ukhti...

Selasa, 15 Februari 2011

Ya Allah kukuhkanlah sayangku pada insan-insan ini.....

"abah"
Ya Allah,insan ini terlalu kasih
dia penyebab kenapa aku masih mampu bertatih
kasihnya menguatkan aku supaya tidak pernah letih..

"Mama"
Seorang lagi insan yang terlalu ku kasih
tersalah kata neraka ku raih
tiupan kasihnya tak akan ku kalih
hilang semangatnya,hilanglah yang ku raih

Adik-adik(anis,oja,ain,tehah)
Penawar duka tatkala diri hampir tersungkur
Penguat langkah untuk terus diatur
pengorbanan ku jadikan kayu ukur
mereka2 ini adik2 yg terlalu akur,,

Khamis, 10 Februari 2011

Terima kasih...Ya Allah..

Hari ini berbekalkan pinjaman umur yang masih bersisa,aku meneruskan helahan nafas mujahadah bersama gamitan kekuatan dari tuhan,keluarga dan insan2 yg aku sayang..Direntapkan tuhan seketika kekuatan itu...diambil kembali segenggam tabah yg dipertahankan..Aku kira ,dri ini sudah tidak disayangi..Namun tak disangka-sangka diri ini terlalu dikasihi oleh YANG MAHA MENGERTI..Alhamdulillah..pucuk2 semangat mulai tumbuh,dedaun kekuatan makin malar kehijauan..Kini,aku mahu terus bergerak..perjuangan ini hampir tiba pada kemuncaknya..dan aku mahu buktikan sesuatu..untuk Rabbku.keluargaku,dan untuk 'dia'insan itu...Aku akan terus mara dengan meninggalkan jejakku,agar dapat dia menyusul langkahku..dan akan ku toleh kebelakang selalu.untuk memastikan dia masih berada dibelakangku..agar sempat kuhulur tangan,mengangkat dia dari rebah,,sehinggalah kami mampu bergandingan meneruskan perjalanan..

Ahad, 23 Januari 2011

Allah,kuatkanlah aku..

MasyaALLAH..jiwa ini terlalu penat..aku takut andainya diri ini tidak kuat..Mana mugkin aku terus melangkah andainya hati ini makin rapuh..aku pohon ya ALLAH,agar Kau pegang hati hati ini selamanya,agar aku terus merasa gagah,walau zahirnya nampak lemah..aku tahu,Engkau tak kan pernah meninggalkan aku..Selamanya...

Jumaat, 21 Januari 2011

Astaghfirullah....a

Semalam,21/1/2011..Sekali lagi.tuhanku menjadi saksi betapa beratnya tanggungjawab ini..
Ya,Allah jika memang ditakdirkan untuk aku menggalas amanah ini,kurniakanlah aku ketetapan istiqamah dan keteguhan akidah..
Ya Allah,berikanlah aku hidayah,
agar dikuatkan iman yang lemah...
SELAMAT MEMIKUL AMANAH,ahlijawatankuasa surau mawar 2011
Salam tahniah dan takziah..
Maka jika ditanya diakhirat kelak,APA YANG KAMU SEMUA LAKUKAN UNTUK AGAMA INI?
Diharap amanah tidak menjadi fitnah,lidah tidak kelu untuk berkata-kata..

Khamis, 20 Januari 2011

Perjuangan ini..

Ya ALLAH
Ku pohon padaMu sedikit kekuatan,
untuk aku menyelusuri liku-liku dakwah ini dengan gagah
Aku terlalu sayangkan agamaMu ini,
namun aku bimbang,seandainya aku rebah,apakah ada lagi yang mahu memimpin?
Apakah ada yang mahu berkorban bersama air mata?
Jadikan kami da'ie yang tegas dan kental jiwanya,
yang tak  mudah rebah dalan cacian dan nista..

Rabu, 19 Januari 2011

kakakku sayang...

Menitis air mata,hibanya jiwa..kasih yang kusangka rapuh,rupanya tumbuh tanpa disentuh..

Ya ALLAH,

Terima kasih diatas nikmat kasih ini..
"As-salam
For someone that I owe a lot..
Teruskan perjuangan untuk kejayaan akademik & Islam..A deep apologized for not being a good sister for you..But u know that i love u,just don't know on how to express my concern &care.
Let's empower Islam dominion!
Slave of ALLAH:Kak Yus"

Selasa, 18 Januari 2011

Akhirnya

Assalamualaikum.

ana dah berjaya menghasilkan blog sendiri,dengan bantuan seorang sahabat yang sangat baik hati..Macam best jer ana tengok orang lain ada tempat meluahkan perasaan,tapi ana percaya suara hati ana lagi didengari oleh yang Maha Mendengar...