Sabtu, 21 April 2012

~aKu TaNPA CinTA-MU~


Telah ku mungkiri janjiku lagi
walau seribu kali
ku ulang sendiri
aku takkan tempuh lagi
apakah Kau terima cintaku lagi
setelah kuberpaling
dari pandanganMU 
yang kabur kerna jahilnya aku

mengapa cintaMU 
tak pernah hadir
subur dalam jiwaku
agarku tetap bahagia
tanpa cintaku tetaplah KAU di sana
aku tanpa cinta-MU
bagai layang-layang terputus talinya

telah kumungkiri janjiku lagi
walau seribu kali
ku ulnag sendiri
aku takkan tempuh lagi
apakah Kau terima cintaku lagi
setelah kuberpaling
dari pandanganMU
yang kabur kerna jahilnya aku

masihkah ada sekelumit belas
mengemis kasihMu Tuhan
untukku berpaut dan bersandar
aku di sini kan tetap terus mencuba
untuk beroleh cintaMU
walau ranjaunya menusuk pedih..

Diri ini terus terbuai dengan bait2 lagu Aku tanpa CintaMU nyanyian Mirwana..sesungguhnya lirik itu amat menusuk dalam ke kalbu aku..ya!manusia terlalu angkkuh dan sombong..hanya bersujud pada ketika dilanda kesedihan yang amat sangat...bila diberi kesenangan,lupa diri...seolah-olah kesenangan dan kebahagiaan itu bersifat kekal...

sesungguhnya disebalik kesenangan ada kesusahan dan di sebalik kesusahan terselit kebahagiaan yang terlalu indah untuk dinikmati..ya!hidup tak selalu indah kerana di situlah letaknya keindahan hidup..benar sungguh bait2 lagu ini..sama ada kita hadir atau tak,cinta atau tak,sedikitpun tidak mengurangkan kekuasaanNYA..DIA tetap ESA..tp sekali DIA pergi meninggalkan kita,kita terkapai-kapai...bagai layang-layang terputus talinya..tiada arah tuju...

YA..hanya pada DIA kita kembali..hanya pada DIA kita bersandar segala harapan dan impian...

ya!aku tanpa cintaMu bagai layang2 terputus talinya..

Jumaat, 20 April 2012

~ mUjaHadah ItU paHit ~

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Bergetar hati tatkala lidah menyebut perkataan 'mujahadah'..kuatkah aku untuk mengharunginya??Atau aku hanya berpura-pura kuat untuk menghadapi setiap dugaan yang mendatang..tatkala itu hati kecil ini terdetik,bukan calang2 insan yang berjaya dalam jalan mujahadah ini..jalan itu takkan pernah senang..sememangnya memerlukan semangat yang tinggi..hati perlu dikawal..perasaan mesti dijaga..akal kena matang..kerna hati itu merasa..akal itu berfikir...

Fikiran dan hatiku terus menjalankan tanggungjawabnya dalam membawa aku ke masa lalu..sering aku terkeliru antara dua cinta..antara cinta dan CINTA..mana satu harus aku dahulukan..akalku tahu mana satu yang harusku dahulukan..namun,hati terus berdegil dan selalu tersungkur sekaligus salah dalam membuat pilihan..itulah..akalku berfikir..tp hatiku jarang dapat merasa..sesungguhnya mujahadah dalam diri adalah jalan yang paling sukar...pergaduhan dengan diri sendiri adalah sesuatu yang amat sukar dimaafkan...

Diri sering mempersoalkan 'mengapa' bila sesuatu yang negatif menimpa kudrat yang lemah ini..namun segera aku menempelak hatiku sendiri..YA!aku sememangnya tak mampu mengawal kemudi kehidupan..tetapi aku mampu mengawal kemudi iman..tentu ada hikmahnya disebalik apa yang berlaku..segala kepayahan ini terlalu mahal harganya...andai kepayahan ini membuatkan aku sujud padaNya,aku bersyukur kerna bukan mudah untuk seorng hamba itu sujud dengan penuh rasa kehambaan...kebanyakannya sujud dengan akal dimana kita bersujud kerana kita tahu hamba namun kita tidak merasa yang kita hamba di dalam hati kita..alangkah sombongnya diri ini...

Fikiran terus melayang memikirkan setiap hikmah yang menimpa...segala sakit dan payah yang aku lalui berbebankan amanah yang dipertanggungjawabkan..silap langkap,lautan api(neraka) menjadi taruhan...

(bukan gambar sebenar)

bergetar hati memikirkannya..namun,aku telah membayar 'yuran kejayaan' dan aku sudah merasa kepahitan pada ubat yang ditelan..aku ingin merangkul ijazah dari 'universiti mujahadah'...

Masa lalu adalah kelmarin yang telah mati.Masa depan adalah esok yang belum lahir tp aku mesti selamatkan hari ini..aku tak boleh biarkan kenangan lalu menghimpit aku..aku takkan biarkan diri aku disengat oleh tragedi yang sama berkali-kali..pertama ketika melakukannya dan selebihnya ketika mengingatinya..yesterday ended last night..lupakan keperitan masa lalu setelah diperah segala pengajaran dan iktibar..

aku perlu sentiasa beringat..hakikat hidup ini adalah satu perjuangan menempuh jalan pulang..hiduplah seperti orng yang bersedia untuk mati..aku tahu aku tak pernah sepi kerana di sisiku sentiasa ada PEMERHATI..

aku tahu..aku telah membuat pilihan..dan jalan itu takkan pernah mudah...


namun aku tahu DIA sentiasa ada untuk mereka yang selalu hadir untukNYA...

dan MUJAHADAH ITU PAHIT KERANA SYURGA ITU MANIS...


TUHAN..
dalam letih aku merintih
kelemahan dan kelalaianku
alpa dan dosaku
aku lemah tak berdaya

TUHAN..
dalam suka dan duka
tangis dan tawa
melimpah rahmatt dan nikmatMU
aku syukur dan akur
lupa aku mengenangMU
dalam sibuk dunia yang gawat
KAU lupa kuingat

TUHAN..
ampunilah hatiku yang pilu
tak endah bila menadah
akan kebesaranMU
ingatkan daku
agar mengingatMU

TUHAN..
bicaraMU tanpa suara
belaianMU hanya rasa
KAU terlalu dekat
tanpa suara
namun cintaMU ketara jua..

Jumaat, 14 Oktober 2011

~ Kekuatanku ~

seminggu yang lepas..aku agak terkelu..tak sangka amanah beralih tangan..kekuatanku turut berlalu bersama kekecewaan itu..lalu aku pendamkan dalam hati ..larut bersama istghfar yang amat panjang..mugkin dia lebih layak untuk ini..tapi aku?aku bahagia dengn apa yg aku ada..Alhamdulillah..disebalik takdir ada sang PEMIKIR yg sentiasa mentadbir dengan penuh teliti dan terperinci..KALAULAH AKU SEDAR DENGAN LEBIH AWAL LAGI,TENTU HATIKU TAK DICEMARI DENGAN RASA IRI HATI..

Isnin, 26 September 2011

~Sahabat baik itu~


Bukannya senang nak cari sahabat yang baik.Bukan senang juga nak menjadi sahabat yang baik.
sahabat yang baik tak pernah mengumpat di belakang sahabat baiknya.


Sahabat yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan sahabat baiknya.Sebaliknya sahabat yang baiklah yang paling banyak membantu sahabat baiknya untuk mencapai kejayaan.

Sahabat yang baik tak pernah mempengaruhi sahabat baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.


Sahabat yang baik adalah orang yang selalu menasihati sahabat baiknya untuk berbuat kebaikan.

Sahabat yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.

Sahabat baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada sahabat biasa.

Sahabat yang baik tak pernah memaksa sahabat baiknya untuk sentiasa berada di sisinya.sahabat yang baik tak pernah melarang sahabat baiknya untuk berkawan dengan sahabat yang baik.

Sahabat yang baik tak pernah cemburu jika sahabat baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana sahabat yang baik tahu apa yang paling baik untuk sahabat baiknya.

Sahabat yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan sahabat baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah sahabat yang baik jika kita faham bahawa sahabat baik kita bukanlah seorang yang sempurna.
Kita adalah sahabat yang baik jika kita menjadi sahabat yang baik kepada sahabat baik kita.
Kita bukanlah sahabat yang baik jika kita tidak menghargai sahabat baik kita, kerana sahabat yang baik akan sentiasa menghargai sahabat baiknya. Kita bukanlah sahabat yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada sahabat baik kita, kerana sahabat yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada sahabat baiknya.
sahabat yang baik akan memanjangkan naskhah ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada sahabat baiknya. Dan kalau kita nak dapat sahabat baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang sahabat yang baik kepada sahabat  baik kita. 


Dan semoga kita menjadi sahabat baik yang baik.

~ikhlas itu dari dalam hati~


Bismillahirrahmanirrahim.....
Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah, seizin-Nya, masih lagi diri ini bernafas di atas dunia yang penuh mehnah dan juga cabaran. Cabaran yang kadang-kadang menguji keimanan, cabaran yang menggoyahkan perasaan, cabaran yang mampu meruntunkan prinsip yang dipegang selama ini.Subhanallah, ujian Allah itu terlalu besar ertinya buat mereka yg menemui erti hakikat sebenar diuji. Hati ini juga diuji, diuji dengan segala prinsip yg diperjuangkan.Subhanallah, kuatnya ujian kali ini jika nak dibandingkan dengan ujian semester yg akan berlangsung tidak lama lagi.

Aku pasti hati kalian juga pernah diuji.Tak kisah lah ujian itu datang dalam bentuk bagaimana, kesedihan, ketakutan, kerinduan, keikhlasan, kemaksiatan, kemarahan. Hanya Allah sahaja lebih tahu ujian apakah yang Dia turunkan. Dan Dia jualah mengetahui akan kemampuan kita untuk mengatasinya

Benar kata Allah:
“286. Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.

(Mereka berdoa): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami.
Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma’aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.” 
Surah Al-Baqarah

Keikhlasan ku teruji, disaat hati berbolak-balak membenarkan sesuatu yang jelasnya haram. Aku terpanggil untuk mengenang kembali IKHLAS hatiku. Untuk apakah aku pertahankan prinsip hidupku ini???Jauh di sudut hatiku menjerit untuk Allah!!!!! Namun, suaranya sayup-sayup kedengaran jauh di pelosok rongga hati ku yang kian kelam.

Aku mohon kepada khaliqku agar disucikan hati ini, kerana hanya hati yang bersih mampu memberi firasat yang benar. Hati yang bersih bukan sahaja memudahkan ilmu meresap masuk ke dalamnya..malah kemurniannya akan terpancar pada wajahnya. Aku ingin menjadi insan itu.

Sekalipun telah panjang lebar aku uraikan, namun, ikhlas itu yg pasti adanya di dalam hati. Berusahalah mencari keikhlasan kerana ia selalu bersembunyi di sebalik kemahuan. Janganlah kerana keinginan hati, ikhlas itu diketepikan , syariat tuhan di ke sampingkan.

Suka kiranya diri yang kerdil, lemah lagi hina ini untuk menyeru sahabat-sahabat sekalian. Andai kata Allah telah menentukan sesuatu (hukum) janganlah kita mencuba untuk memikirkan yang selain itu kerana bukan kebahagiaan yang kita cari tapi kebinasaan.

Seperti firman Allah:
68. Dan Tuhanmu menciptakan apa yang Dia kehendaki dan memilihnya. Sekali-kali tidak ada pilihan bagi mereka*. 


Maha Suci Allah dan Maha Tinggi dari apa yang mereka persekutukan (dengan Dia).

*Bila Allah telah menentukan sesuatu, maka manusia tidak dapat memilih yang lain lagi dan harus menaati dan menerima apa yang telah ditetapkan Allah.
Surah -Al Qashash

Tatkala, dirimu ingin melakukan sesuatu fikirkanlah, adakah ia bertepatan dengan kalam Tuhan ataupun sabda Rasul junjungan. Ingatlah bahawa dunia ini adalah persinggahan yg keindahannya sungguh mempersonakan. Nescaya berhati-hatilah membuat pilihan kerana aku takut kita akan tersalah jalan.

10. Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan *yakni jalan kebajikan dan jalan kejahatan*
Surah al-balad

Sebelum aku mengakhiri tinta mindaku ingin aku katakan. Letakkanlah keyakinan mu itu pada janji tuhan kerana Allah tak pernah mengecewakan. Pujuklah hatimu dengan kalam-kalamullah yg tersusun indah seperti yang ingin aku kongsikan ini:

36. Maka sesuatu yang diberikan kepadamu, itu adalah kenikmatan hidup di dunia; dan yang ada pada sisi Allah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman, dan hanya kepada Tuhan mereka, mereka bertawakkal.
37. Dan (bagi) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan- perbuatan keji, dan apabila mereka marah mereka memberi maaf.
Surah Asy-syuara

Wallahua'lam